Tuesday, September 25, 2012

Lawatan KAA SMK Simpang Rengam ke S’pore 2012: Masjid Sultan, Snow City, Sc Centre


جامع سلطان

Seterusnya kami singgah di Masjid Sultan untuk solat Jumaat... jam 2:30 petang baru dibuka untuk kaum wanita.. jadi masa yang ada kami mengambil peluang untuk membeli souvenir di kawasan Arab Street.. banyak perbezaan antara waktu 2010 aku gi.. dah banyak kedai n harga dia agak reasonable dari dulu...


arab street (شارع عربي ).... walaupun aku dh gi tpt ni byk kali.. tp aku ttp nk gi sini lagi bila singgah ke s'pore...

satu hari nanti.. aku nak makan kt resoran ni.. model ni mantan anak muridku tahun 2007.. Miss Izni Nor Ali




kedai souvenir ( المحلاّت )... blkg masjid je... tp aku cdgkan jalan dalam lagi.. sbb kat hujung ada satu kedai souvenir yang lbh reasonable n byk pilihan stkt ni...


Disebabkan ingin mengejar masa, kaum wanita perlu jama’ ta’khir... kami  terus di bawa ke Merlion Park di Marina Bay, Esplanade (Theatres on the Bay) tuk ambil gambar .. dalam 20 minit je... 

wajib ambil gambar.. tanda anda tlh dtg ke s'pore... ikon pelancongan s'pore.. kalau xsilap aku.. ada 4 merlion di s'pore.. tp yg biasa di sini dan Pulau Sentosa.. kepalanya singa.. badannya ikan.. dalam erti kata lain 'singa laut' ... menurut riwayat simbol "Singamewakili haiwan yang dilihat oleh putera Sumatra, dan ia menyerupai singa. manakala ikan adalah satu penghormatan kepada sejarah Singapura sebagai "Temasek", bandar laut purba. Menurut kak kalsum (our Tour guide) ada kaitan ngan sumber rezeki mereka pada waktu dahulu sebagai nelayan....

Patung ini siap pada tahun 1972 dan 8.6 meter (26 kaki) tinggi dan berat 40 tan!. ... nampak tak
menara maybank kt s'pore?? design ttp sama.....


Disebabkan Snow City tutup jam 5 petang, kami pergi ke situ dulu.. tiket tuk bawah 16 tahun SD14 dan 17 thn ke atas SD16. Include jacket ngan kasut. Kami ambil pakej snow city n sc. Centre... sedikit ekonomi... Sewa glove SD2.10. Masuk mesti pakai pant.. kalau xde bole sewa... kamera tak bole bawa masuk... barang bole disimpan dalam locker dengan sewanya SD1. tak byk pun yg ada dalam tu.. ada igloo n tpt luncur.. sukahati nak naik beberapa kali... aksi anda akan dirakam dan bole amik gambarnya kt kaunter dgn SD10/pc. 




ini kat dalam snow city.... xbole bawa camera masuk.. terpaksala beli....

jalan kaki xsampai 5 minit.. dah sampai Sc. Centre ( مركز العلوم )...Sblhnya je... memacam ada...sesuai sesgt utk pelajar.. jangan kata pelajar je main game  kt dlm tu.. yg bebesar pun main gak sampai menang.. selagi tak menang tak nak tukar stesen... kt luarnya ada souvenir kalau nak beli... 
مركز العلوم













OMG... xsolat lagi ni.. mcm mana?? Driver xtau masjid kat mana.. walhal masjid kt s’pore ni byk.. ramai muslims... disebabkan jalan pun jem.. dia pun kompius jalan.. masa pun singkat... cakap byk pun xguna.. terus kitaorg solat dlm bas... amik wuduk guna mineral.. sapu ke seluruh anggota wuduk n solat duduk.. kiblat?? Ikut je hala kenderaan... ada hikmahnya gak.. pengalaman baru tuk pelajar... at least diaorg dpt apply apa yg diaorg belajar teori kt kelas.... disebabkan aku nak solat aku minta Zul tlg sampaikan kt pelajar.. sbb tu jangan tido kalau cikgu ngajar... heheheh...


Alhamdulillah.. baru rasa lega... kmdn kami ke USS utk bergambar.. bayar parking bas je SD40. Jadi.. sakan la memasing berpossing n membeli belah... ada yg tenung je pintu masuk USS.. mesti diaorg terpikir.. bila la nak gi ... huhuhuh.. xpe.. LEGOLAND pun dah buka... apa yg di USS ada juga di LEGOLAND... hehehe...sama tapi xserupa...




Post mortem : objektif tercapai... lbh byk +ve dari yang lepas.. banyak input... disiplin pljr bagus... komitmen guru terbaik... tpt lawatan banyak.. sijil pun ada... yang perlu di atasi dan dibaik pulih...
i.      Bas : Deal ngan travel agency face to face.. jangan by phone.. prob timbul macam.. dah habis payment n hari program baru cakp bas sampai kul 6 je coz esok nak bawa trip lain.. takut driver tak cukup rest.... sebagai pengguna hang rasa tak sama ngan aku rasa??? Kita sewa baskan 1 hari??  Alhamdulillah driver baik hati n memahami... tq pak cik Saad.. semoga Allah membalas jasa pak cik dan murahkan rezeki pak cik...
ii.    Bas : Pastikan seat bas diberitahu berkali2... biar org kata hang ni mcm tak paham bahasa... tgk.. !!! info 40 seat.. yg ada 44.. kan rugi kalau ada pelajar nak pergi??? Teringt aku kt 2 org pljr 3RK yang nak ikut... kita bukan travel agency nak buat trip berkali..
iii.   Masa : Buat app. ngan madrasah @ sek. penanda aras jam 10:00 pagi coz kita tak tau kesulitan di Imegresen... jangan awal melainkan kita tido di S’pore.
iv.   Masa : Kalau passport kumpulan pastikn form (kad putih) diisi oleh pelajar serentak n pengurus bagi taklimat atau ketua kump. isi sehari sblm perjalanan.. sangat2 take time...

Kadang2 apa yg kita rancang kita harap dapat jalankan perfect sepenuhnya tanpa ada masalah dan ralat... tapi kita lupa bahawa yang sempurna hanyalah ALLAH swt... kita hanya mampu merancang dan yang menentukan adalah Allah SWT.. segalanya ada hikmah... bila tak dapat yang satu Allah akan ganti 2 lebih baik.. yang pasti ia lebih baik daripada sebelumnya.... 

Jazakallahu khairul jaza’ special dedicated to Tn Hj Ahmad b. Awang, Tn Hj Mohd Hanafi (JPNJ), En. Nor Ali Subandi, Pn Sharipah Jamaaton Syed Ariffin, Pn Rugayah Wahid, Pn Hasnah Sara, Pn Fuziana Ali, Pn Faudziah Rasad, Izni Nor Ali, Pn Sulrafiah Suhadi, teachers n students Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah.. pak cik Saad, Naim, Rajawali Bintang Travel n Tours.. k.kalsum (our tour guide), my beloved KAA’s Students.. harap anda semua dapat manfaat daripadanya... segala salah, silap, kekurangan, harap dihalalkan dan dimaafi.. 

Delegasi SMKSR : M.Anuar Jamil, M.Khairul Fikhri M.Khalid, M.Syahmi M.Sheh, M.Nazamuddin Azad, Syaza Nazurah Khamsa, Siti Nur Suhaili Afiqah Sariman, Nursahiela Rosli, Wan Nur ‘Afwah M.Rashid, Nur Ezza Anis Azad, Azrul Effendy Abdul Latif, Anwar Abdul Rahman,  M.Taufiq Abd Shukor, Jabrullah Jumaat, M.Hisyam Nor Mohamad, M.Nur Syamim Sohani, Siti Nursyafiqah Mahpuz, Miera Marhaini Kamaludin, Mariyana Baharon, Marina A Karim, Suhada Aisyah Al Hasnaa Abd Jalil, Siti Nadzirah Mokhtar, Nur-Afifah Abd Fatah, Nurul Aimi Najihah Juanis, M.Afiq Ahmad, M.Faisal Farhan Omar, Siti Nur Hasanah Bohan, Nor Shafiqah Baso Sultan Bakri, Noor Maizatul Natasha Mazlan, Marina Abdul Halim, Nur Shakira Nafisah Abdullah, Hanie Shahira Sa’adan, Puteri Nur Nabilah Zulkifli.


3 comments:

  1. Sangat best ! Alhamdulillah dapat sampai ke sini. Berhajat akan pergi lagi bersama keluarga :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih jugak sbb bwk kitorg pegi singapore. Sgt seronok! :D
    -Nur-Afifah-

    ReplyDelete
  3. لا شكر على الواجب.....

    أحمد الله كثيرًا kalau korg semua enjoy... ustzh pun berterima kasih coz korg semua bg komitmen yg terbaik!!

    ReplyDelete