LAWATAN KELAS ALIRAN AGAMA SMK SIMPANG RENGAM 2010
KE MADRASAH
AL JUNIED AL ISLAMIAH, SINGAPURA..
Tarikh : 14 Julai 2010
Destinasi : i. Madrasah Al Junied Al Islamiah
ii.
Masjid Sultan dan Arab Street
iii.
Merlion Park , Esplanade…
Kerjasama : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Bincang punya bincang tetiba terlintas
nak bawa pelajar ke S’pore.. tp sebagai hadiah utk mereka yg cemerlang dalam
peperiksaan… yg terlibat hanyalah f3-f5… yuran penyertaan hanyalah RM30… utk
passport n bas… dan selebihnya sponsored by KAA. Masa nak buat passport.. aku
download surat keizinanan ibubapa terus jer dari internet… minta salinan ic ibu
bapa.. pengesahan pengetua… sewa bas ke Imigresen bawa pelajar.. rupanya salah
prosedur… terpaksalah otak ligat mencari jalan penyelesaian…walaubagaimanapun akhirnya…
Alhamdulillah… tujuan baik.. niat baik… mesti Allah SWT tolong….
Tunggu punya tunggu pelajar ..
dan bas pak cik din lewat.. terpaksa bertolak jam 7 pagi.. dh bertolak lewat…
amik pulak kak wan maheera kat imigresen jb.. jalan jem… jam 10.30 baru selesai
di Imigresen Singapore.. Tempat utama yang menjadi penanda aras kami adalah
Madrasah Al Junied yang terletak di Victoria Street.… sesi taklimat dan touring
sampai jam 1… walaupun diaorg sentiasa dikunjungi… layanan tetap 1st class.. kenapa
aku pilih madrasah ni?? Aku dapat info di astro oasis.. aku google.. antara
madrasah yang terbaik… mungkin ada sesuatu yg bole kita cedok dari mereka…
 |
penerangan daripada Madrasah Al Junied |


 |
|
Madrasah ini merupakan sebuah
sekolah swasta yang meletakkan bidang agama sebagai kurikulum mereka. Sekiranya
ia dibandingkan dengan sistem sekolah di Malaysia, kurikulum mereka umpama
sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri. Ada pelajar menengah dan rendah.. Tetapi apa yang menariknya,
pelajar-pelajar tingkatan 6 atau dikenali dengan pra-u boleh menyambung
pelajaran mereka terus sebagai pelajar tahun satu tanpa perlu mendaftar di
matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau pun Universiti Al
Azhar. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan kemahiran berdebat sejak di
sekolah menengah dengan bersaing dengan siswazah-siswazah di universiti Malaysia anjuran Universiti Sains Islam Malaysia atau
USIM. Selain itu, setiap tahun mereka menyertai pertandingan debat persahabatan
dengan sekolah-sekolah di negara Brunei. Bukan sertai jer tau..
balik ada no pulak tu.. kalau tak naib johan… johan….pergh…Bahasa Pengantar sekolah ini adalah Bahasa
Inggeris dan Bahasa Arab.
 |
pelajar Madrasah... dekat koler baju ngan poket dia ada list biru... menunjukkan perbezaan level mereka... ting 6 dll |
 |
sesi penerangan.... |
 |
perbezaan level Madrasah (ting 6 or 5) berdasarkan list pada tudung... |
 |
bertukar alamat dan fb |
 |
pelajar sek rendah... |
|
 |
ikhlas daripada kami.... |
 |
ikhlas daripada kami utk rakan2 Madrasah |
|
Jam 1:30 ptg… Jalan kt Orchard
street.. duk dalam bas je… menuju ke Masjid Sultan.. solat, tukar baju …. Shopping di Arab Street… sakan aku tgk pelajar berbelanja…Jam 5 menuju ke Merlion Park dan
Esplanade.. masa ni jalan banyak ditutup coz preparation nak sambut national
day…..
 |
Add caption |
agak2 jam 6 menuju balik… pelajar2
nak round2 lagi.. tp driver paksa balik.. ni yg aku tak berapa nak puas hati..
sikap2 gini la… sewa 1 hari.. bila dh dapat kontrak.. ikut suka hati… psl
masalah peribadi… tp sebb malas nak bising... aku diam je la… terima kasihla pak cik.. ini lah yang pertama dan
terakhir…. ;)
 |
Pembentangan lawatan di perhimpunan oleh Humaira' |
Barakallahu fikum... tq atas bantuan dan maaf atas kesulitan n keralatan... pn hjh rohani bt bakar, pn wan maheera, pn rushizah, en mohd hakim kamal najib, en rosli saidi, keluarga madrasah al junied al islamiah, delegasi smksr...Muhammad Faizuan Ismail, Muhammad Amirul Aiman Zulkafli, Nor Syazwani Jamadi, Nur Syahirah Abd Fatah, Nuradila Abd
Malek, Nurul Syafiqah Musa, Noraqila Rosli, Atiqah Faezah, Afifah Shamsuddin, Muhammad Bilal Sajiman, Noor Amirah Huda Ahmad Mahmod, Nur Afiqah Aris, Sukeertha Rawi Raveendran, Mohamad Azim Izamuddin, Mohamad Asyrafuddin, Mohd Farid Talib, Rose Diana Lazim, Farah Syazana Abd Latif, Nurul Hafizah Abd
Malek, Nurul Afiqah Zainudin, Muhammad Nasaruddin Nordin, Mohd Mujibuddin Zainal Abidin, Siti Nadiah Alias, Nabihah Kailan, Nur Atikah Hani Samsul, Siti Nur
Fathirah Jamil, Nurul Fateen Che Kob, Liyana Amanina Dalial, Nor Azimah Marimin, Nurhazwani Abdul
Sani, Nor Farhana Yahya, Nur Adibah Azemi, Nur Afiqah Zulkifli, Muhammad Fadelli Sharip,
Noraini Ismail, Humairah Jumadi, Nur Adilah Kaharudin, Mohd Nazri Rosman.
post mortem : +ve
- Dapat
input yang pelbagai dari Madrasah Al Junied Al Islamiah.
- Pelajar
dapat berinteraksi sepenuhnya dengan pelajar Madrasah semasa touring
Madrasah dan bertukar-tukar maklumat. Pembahagian kumpulan dibahagikan mengikut
pelajar sendiri.
- Membina
keyakinan diri pelajar sepanjang berada di Imegresen dan tempat2 di Singapura.
- Pelajar
mendapat pengalaman baru yang berharga di Imegresen dan Singapura.
- Menanam
kepentingan masa dan disiplin diri terutama di Imegresen.
- Mengetahui
budaya negara lain dan mengambil yang positif daripada mereka.
- Meningkatkan markah penglibatan koku pelajar...
post mortem : -ve
- Pastikan
dapat driver bas yang sporting… cari maklumat driver daripada testimony org
lain.
- Pastikan
ada tour guide utk beri info sepanjang berada di Singapura.
- Pastikan
seat bus sama dengan peserta…
- Dapatkan
info yang tepat kat imigresen. Jangan google n tanya imigresen lain.. coz
setiap imigresen lain prosedurnya…
No comments:
Post a Comment