Firman Allah Taala: “Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu bermaharajalela di muka bumi membuat kerosakan.” –
Surah al-A’raaf ayat 74
Salah satu dari 7 keajaiban dunia yang diumumkan di Lisbon, Portugal, pada 07 Julai 2007 adalah Petra, Jordan. Terletak ditengah-tengah antara Teluk Aqaba dan Laut Mati Petra dari bahasa Yunani bermaksud ‘batu’. Apa yang istimewanya tentang Petra?? Petra adalah sebuah kota di mana dinding bangunan kotanya dipahat dengan kesenian yang cantik dan unik. Selalu kita dengar pahat kat kayu kan??? Ni pahat kat batu…. Cantik… cantik… cantik sangat.
Petra adalah ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan oleh Raja Aretas IV. Bila tarikh keramat ia dibina??? sembilan tahun sebelum Masehi dan wujud hingga tahun ke-40 M. Kira masa tu Petra adalah kota yang selamat, lokasi strategik dari musuh dan bencana alam… Selain ukiran, sistem pengairan yang luar biasa dan rumit adalah keistimewaan Petra. Mereka juga memiliki teknologi hidraulik untuk mengangkat air.
Macamana kota ini boleh hancur dan musnah??
Firman Alah SWT : “Dan adapun kaum Tsamud, maka mereka telah Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) daripada petunjuk, maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan”
- Surah as-Fushsilat ayat 17
Kisahnya kaum Tsamud ingkar, angkuh dan sombong denga ajaran Nabi Salleh Alahissalam… mereka telah diberi kemahiran memahat dan mengukir pada batu dan gunung sehingga ia dikagumi… Kemahiran ini membuatkan mereka bongkak, riak, takabbur dan ujub .. sehingga menafikan keesaan Allah Taala dan kebesaranNya… Maka Allah Taala turunkan azab dengan menyambar petir. Bunyi amat kuat sekali dan panahan petir itu memusnahkan kota mereka….
Peringatan kepada kita…. Segala kemahiran, bakat, kelebihan yang ada pada kita adalah milik Allah Taala… semakin banyak nikmat dan anugerah yang dihadiahkan kepada kita, ia adalah ujian… ujian supaya kita lebih bersyukur dan menghambakan diri kepadaNya… jangan sekali ujub (rasa diri best) kerana ia adalah penyakit hati yang paling bahaya… sebab apa aku cakap gitu.. mungkin riak dan takabbur kita bole elak.. tapi ujub??? Orang puji je.. kita dah kembang semangkuk.. mula la….
No comments:
Post a Comment