Laut Mati a.k.a البحر الميت adalah tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut dan merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti .Maknanya kemasinannya lebih + kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Sebab tu xde hidupan pun kat dalamnya dan kapal xbole belayar kat atasnya... diriwayatkan seterel mana pun hang pa semua berenang... kalau berenang kat laut mati ni kira 'fail'lah.... Tasik ini berukuran 67
km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
Ingat tak kisah ada rakyat malaysia yang menghadapi masalah kulit bersisik kalau xsilap aku.. kerajaan tanggung anak dan ibu untuk di bawa mandi (rendam) kat Laut mati. Baru sekejap je ibu xsanggup melihat kesedihan dan mendengar tangisan anak terus batal rawatan n pulang ke malaysia... mula la mulut2 orang bergosip dan mengata dan mengecam ibu dan anak tersebut...kata xtahu diuntung la kerajaan dah tanggung... macam2 lagi... kesian diaorg... xpernah mandi kat situ bole la nak kata... luka sikit je ... rendam kat laut mati... mmg la baik.. tapi dia punya mereyam pedih +gatal.. esok pagi pun xhilang... perit woo... tu standard luka kecil.. bayangkan kalau kulit masalah satu badan.. mahu tak budak tu meraung.... bak kata pepatah... "berat mata memandang berat lagi bahu memikul... "
Ayat
82 Surah Hud secara jelas menyebutkan jenis bencana yang menimpa kaum
Luth. “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu
yang atas ke bawah ( Kami menterbalikkan ), dan Kami hujani mereka
dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.
Sebenarnya, ada kisah di sebalik laut mati ni... ingat tak kisah kaum Nabi Luth Alaihissalam... ala yang cenderung kepada kaum sejenis... lelaki tau.. bukan gegirl... sampaikan 2 Malaikat datang menemui Nabi Luth dalam keadaan menyerupai lelaki.. terus kaum dia jumpa Nabi Luth Alahissalam tanya pasal lelaki yang dtg jumpa beliau.. tanya kerana berminat... walaupun nabi Luth offer anak gadisnya.. tetap mereka berminat dan bernafsu dgn malaikat yang menyerupai lelaki... akibat kedegilan mereka, Allah SWT terbalikkan perkampungan mereka.. kajian sejarah juga ada menyatakan bahawa di dasar tasik ini ada perkampungan.... xigt pula nama buku dia...
aku tak ambil gambar tempat penemuan sungai jordan ngan tasik ni.. tapi yang pasti lepas kitaorg mandi manda kat laut mati... badan melekit... melengas.. yela.. masin kan.. bilas je kat sungai tu... subhanallah.. sikit pun xbercampur sungai dan tasik tu... ketumpatan air yang berbeza.... dan kalau nak mandi.. kena mandi dekat2 je.. xleh jauh.. kalau dah kapal pun xleh lalu.. apatah lagi kita nak berenang... xpandai berenang pun badan dah terapung... yelah.. confirm mandi kat laut mati ni xkan lemas.. kalau hang pa pi jauh2.. tahu2 je dah sampai Israel... hehehehe.... dan berdekatan tempat kitaorg mandi tu ada kolam air panas.... kalau nak mandi pepagi la.. bila matahari dah tegak.. mmg terbakarla... api je tak de... heheheh.... daripada zaman berlakunya peristiwa tersebut .. sehingga kini... keadaan tersebut masih lagi kekal... sikit pun tidak berubah...
apa maknanya?? Allah SWT kekalkan keadaan tersebut supaya kita dapat melihat dan mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku... tetapi mengapa manusia masih lagi mengulanginya???? bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang cenderung kepada kaum sejenis.. aku sarankan bawa la ke sini.. mungkin dapat membantu... :)
p/s: nanti aku cari gambar kat album lama yang mungkin leh membantu imaginasi anda....
No comments:
Post a Comment