Wednesday, September 26, 2012

Bila result dah kuar…


22 dec 2011 org call n msg aku.. but maxis ckp.. “di luar kawasan”.. hehehe.. dlm keadaan sedar.. aku kat hatyai.. bukan xnk tahu result.. tp pepagi lps breakfast aku dh terpacak kat imegresen thailand…

Selang 4 hari… aku masuk mesia n bateri aku xkong dah.. aku call.. Alhamdulillah.. result ada peningkatan… xsangka berbaloi gak usaha aku w/pun dalam keadaan sakit n emosi xstabil kengkdg ketika mengajar… “mabruk lakum”.. aku rasa seronok sbb dpt tambah A tuk anak murid aku.. aku telek sorang-2 nama anak murid aku yg dpt A, B, C dan D.. itulah usaha dan keinginan korang semua selama ini… w/pun kengkadang mulut nak A tp usaha tak macam nk A.. allah xbg.. melainkan niat nak A, bersatu ngan hati, jiwa dan tenaga,.. confirm allah bg.. ingat tu.. rahsia besarnya..
Cuma anak-2 ku.. aku nak korang semua tahu… panduan utk hidup korang… imam syafie ada berpuisi ketika beliau mengadu lemahnya hafazan beliau.. (sbb kalau kata syair xsama ngan syair melayu) .. “sesungguhnya ilmu itu cahaya.. dan cahaya allah tidak diberi kepada org yg membuat maksiat” (maksiat kpd allah, ibubapa, guru, diri sendiri dll).. bg mereka yg dpt C dan D... koreksi kembali diri.. bukan sbb otak lemah n xpandai.. sbb yg dapat ‘A’ pun xleh cakap arab berabuk pun… bahasa arab bahasa al-quran.. bahasa syurga… terlalu istimewa dan sukar digambarkan.. yg pasti bila ia bahasa al quran.. pasti sikap2 ikhlas, tawaduk dan segala cas positif perlu ada dlam diri.. dan bila ia bahasa syurga.. pasti sikap negative kena buang jauh2… sbb syurga utk yg ikhlas kpd allah..

Bahasa Arab killer subject ????

Ehem.. Cabaran guru yang menerima pelajar tahun peperiksaan bukan setakat mengajar.. menghabiskan silibus.. memahamkan yang tak paham.. tetapi sama peratusnya mengajar topik yang baru dan memotivasikan pelajar tuk belajar dan fokus belajar... sikap negatif mereka seawal tingkatan 1 wajib kita twistkan 360 darjah utk suka dan jatuh cinta terhadap subjek tersebut.... 

aku xpaham kenapa mereka kata .. "bosan.. bosan... bosan..." (rentak ala-2 lagu najwa latif.. kosong.. kosong.. kosong...).. bukan takat tu.. malah xyakin leh dapat A bagi subjek ni.. 

pelajar... hendak xhendak.. suka atau tidak sebagai orang Islam.. kita kena iktikad.... BAHASA ARAB 
- bahasa Al Quran
- bahasa syurga 
- bahasa Nabi Muhammad SAW
- bahasa Hadis
- bahasa dalam solat....

belajar n baca bukan setakat dapat ilmu.. malah dapat pahala lagi... dan yakinilah.. sekiranya anda tahu teknikal utk mendapat 'A'.. anda pasti leh dapat A... walaupun sejak anda mengenal buku teks Bahasa Arab n amik paper bahasa Arab anda xpernah lulus... itulah keistimewaan Bahasa Arab yang tiada pada bahasa lain...  masalah hanya akan terjadi sekiranya : 

pertama : anda tidak membuat kerja rumah @ tugasan yang diamanahkan...
kedua : anda tidak ada hati utk menghafaz perkataan  @ jadual @ karangan ringkas
ketiga : anda tidak yakin anda bole dapat 'A" dalam Bahasa Arab
keempat : sememangnya anda mmg xnak lulus n sikap suka buat tak tahu dgn result anda...  

kalau inilah sikap anda... bukan setakat Bahasa Arab... subjek Pend Jasmani pun anda xkan lulus... Percayalah.... (lagu siti Nurhaliza)... kalau anda atasi masalah pertama dan kedua anda pasti dapat 'A'... dengan keizinan Allah SWT.

p/s: kecewa bila dapat kertas exam bersih beberapa soalan coz pelajar tidak cuba menulis... huhuhu.. 

LAWATAN KELAS ALIRAN AGAMA SMK SIMPANG RENGAM 2010



LAWATAN KELAS ALIRAN AGAMA SMK SIMPANG RENGAM 2010 
KE MADRASAH AL JUNIED AL ISLAMIAH, SINGAPURA..
 

Tarikh         :          14 Julai 2010

Destinasi    :         i. Madrasah Al Junied Al Islamiah

                             ii. Masjid Sultan dan Arab Street

                            iii. Merlion Park , Esplanade…
Kerjasama :       Unit Bimbingan dan Kaunseling



Bincang punya bincang tetiba terlintas nak bawa pelajar ke S’pore.. tp sebagai hadiah utk mereka yg cemerlang dalam peperiksaan… yg terlibat hanyalah f3-f5… yuran penyertaan hanyalah RM30… utk passport n bas… dan selebihnya sponsored by KAA. Masa nak buat passport.. aku download surat keizinanan ibubapa terus jer dari internet… minta salinan ic ibu bapa.. pengesahan pengetua… sewa bas ke Imigresen bawa pelajar.. rupanya salah prosedur… terpaksalah otak ligat mencari jalan penyelesaian…walaubagaimanapun akhirnya… Alhamdulillah… tujuan baik.. niat baik… mesti Allah SWT tolong….



Tunggu punya tunggu pelajar .. dan bas pak cik din lewat.. terpaksa bertolak jam 7 pagi.. dh bertolak lewat… amik pulak kak wan maheera kat imigresen jb.. jalan jem… jam 10.30 baru selesai di Imigresen Singapore.. Tempat utama yang menjadi penanda aras kami adalah Madrasah Al Junied yang terletak di Victoria Street.… sesi taklimat dan touring sampai jam 1… walaupun diaorg sentiasa dikunjungi…  layanan tetap 1st class.. kenapa aku pilih madrasah ni?? Aku dapat info di astro oasis.. aku google.. antara madrasah yang terbaik… mungkin ada sesuatu yg bole kita cedok dari mereka…



penerangan daripada Madrasah Al Junied



Madrasah ini merupakan sebuah sekolah swasta yang meletakkan bidang agama sebagai kurikulum mereka. Sekiranya ia dibandingkan dengan sistem sekolah di Malaysia, kurikulum mereka umpama sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri. Ada pelajar menengah dan rendah.. Tetapi apa yang menariknya, pelajar-pelajar tingkatan 6 atau dikenali dengan pra-u boleh menyambung pelajaran mereka terus sebagai pelajar tahun satu tanpa perlu mendaftar di matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau pun Universiti Al Azhar. Pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan kemahiran berdebat sejak di sekolah menengah dengan bersaing dengan siswazah-siswazah di universiti Malaysia anjuran Universiti Sains Islam Malaysia atau USIM. Selain itu, setiap tahun mereka menyertai pertandingan debat persahabatan dengan sekolah-sekolah di negara Brunei. Bukan sertai jer tau.. balik ada no pulak tu.. kalau tak naib johan… johan….pergh…Bahasa Pengantar sekolah ini adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. 



Aku suka tgk facilities dia.. mcm kolej...
المقصف@ koperasi madrasah ...

المصعد @ tangga... dah ada direction.. kalau salah jalan lg.. xtaula..

rock climbing... kt blkg dewan... bole tiru ni..
القاعة  @ dewan madrasah... tuk solat zohor digunakan di sini..  sama macam sekolahku.. bezanya... dewan ini di mop setiap hari b4 solat...

المكتبة@ library yg mesra pengguna...

pencahayaan yg cukup mmg elemen penting selain buku n rak di maktabah... (ayat bermakna aku tulis ni...)

kaunter pinjaman...

p&p di madrasah....

الملعب @ padang di atas bumbung.... aku suka... suka...

kaunter pertanyaan di dpn madrasah... cukup mesra pelanggan...

ruang rehat....
اللوحة @papan kenyataan
p & p di المختبر اللغوي @ makmal bahasa...
ruang rehat di maktabah@library dan bole guna tuk p&p





المصلى @ surau... setiap guru diwajibkan improve bacaan al quran mereka di waktu senggang dgn guru al quran @ guru kkq
المنصة @ pentas tuk public speaking or apa2 program p&p di maktabah..
ruang legar ala-2 uni... or sek baru di mesia...

Kami dibahagikan beberapa kumpulan pelajar untuk melawat kawasan sekolah. Apa yang menarik tumpuan kami, disebabkan ketiadaan padang, pelajar bersukan di kawasan atas bumbung. Tetapi ditutup dengan jaring untuk keselamatan. Sukan ’rock climbing’ dan memanah juga ada disediakan untuk pelajar, hasil sumbangan daripada orang ramai. Manakala, perpustakaannya besar dan cantik umpama di kolej-kolej di Malaysia. Sekolah ini berdiri tanpa bantuan daripada kerajaan kerana kerajaan Singapura mengamalkan sistem sekular, dengan erti kata lain tidak masuk campur dalam hal keagamaan. Walaupun dengan dana sendiri, sumbangan luar kepada mereka sentiasa melimpah dengan projek kutipan wang, penyewaan kelas-kelas pada waktu malam kepada orang luar dan lain-lain lagi. Kami cukup terpegun dengan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah ini yang boleh mengamalkan cara hidup Islam dengan lengkap di kota kosmopolitan dan sanggup membayar yuran bulanan lebih 4 kali ganda daripada sekolah kerajaan semata-mata mahu memperjuangkan Islam kerana di sekolah pemerintah mereka hanya dibenarkan memakai skirt dan seluar pendek dan tidak dibenarkan menutup aurat.
pelajar Madrasah...  dekat koler baju ngan poket dia ada list biru... menunjukkan perbezaan level mereka... ting 6 dll


sesi penerangan....

perbezaan level Madrasah (ting 6 or 5) berdasarkan list pada tudung...

bertukar alamat dan fb

pelajar sek rendah...


ikhlas daripada kami....
ikhlas daripada kami utk rakan2 Madrasah



Jam 1:30 ptg… Jalan kt Orchard street.. duk dalam bas je… menuju ke Masjid Sultan.. solat,  tukar baju ….  Shopping di Arab Street…  sakan aku tgk pelajar berbelanja…Jam 5 menuju ke Merlion Park dan Esplanade.. masa ni jalan banyak ditutup coz preparation nak sambut national day…..

Add caption
 


agak2 jam 6 menuju balik… pelajar2 nak round2 lagi.. tp driver paksa balik.. ni yg aku tak berapa nak puas hati.. sikap2 gini la… sewa 1 hari.. bila dh dapat kontrak.. ikut suka hati… psl masalah peribadi… tp sebb malas nak bising... aku diam je la… terima kasihla pak cik.. ini lah yang pertama dan terakhir…. ;)
Pembentangan lawatan di perhimpunan oleh Humaira'
Barakallahu fikum... tq atas bantuan dan maaf atas kesulitan n keralatan... pn hjh rohani bt bakar, pn wan maheera, pn rushizah, en mohd hakim kamal najib, en rosli saidi, keluarga madrasah al junied al islamiah, delegasi smksr...Muhammad Faizuan Ismail, Muhammad Amirul Aiman Zulkafli, Nor Syazwani Jamadi, Nur Syahirah Abd Fatah, Nuradila Abd Malek, Nurul Syafiqah Musa, Noraqila Rosli, Atiqah Faezah, Afifah Shamsuddin, Muhammad Bilal Sajiman, Noor Amirah Huda Ahmad Mahmod, Nur Afiqah Aris, Sukeertha Rawi Raveendran, Mohamad Azim Izamuddin, Mohamad Asyrafuddin, Mohd Farid Talib, Rose Diana Lazim, Farah Syazana Abd Latif, Nurul Hafizah Abd Malek, Nurul Afiqah Zainudin, Muhammad Nasaruddin Nordin, Mohd Mujibuddin Zainal Abidin, Siti Nadiah Alias, Nabihah Kailan, Nur Atikah Hani Samsul, Siti Nur Fathirah Jamil, Nurul Fateen Che Kob, Liyana Amanina Dalial, Nor Azimah Marimin, Nurhazwani Abdul Sani, Nor Farhana Yahya, Nur Adibah Azemi, Nur Afiqah Zulkifli, Muhammad Fadelli Sharip, Noraini Ismail, Humairah Jumadi, Nur Adilah Kaharudin, Mohd Nazri Rosman.  

post mortem : +ve

  1. Dapat input yang pelbagai dari Madrasah Al Junied Al Islamiah.
  2. Pelajar dapat berinteraksi sepenuhnya dengan pelajar Madrasah semasa touring Madrasah dan bertukar-tukar maklumat. Pembahagian kumpulan dibahagikan mengikut pelajar sendiri.
  3. Membina keyakinan diri pelajar sepanjang berada di Imegresen dan tempat2 di Singapura.
  4. Pelajar mendapat pengalaman baru yang berharga di Imegresen dan Singapura.   
  5. Menanam kepentingan masa dan disiplin diri terutama di Imegresen.
  6. Mengetahui budaya negara lain dan mengambil yang positif daripada mereka. 
  7. Meningkatkan markah penglibatan koku pelajar...

post mortem : -ve

  1. Pastikan dapat driver bas yang sporting… cari maklumat driver daripada testimony org lain. 
  2. Pastikan ada tour guide utk beri info sepanjang berada di Singapura.
  3. Pastikan seat bus sama dengan peserta…
  4. Dapatkan info yang tepat kat imigresen. Jangan google n tanya imigresen lain.. coz setiap imigresen lain prosedurnya…