Thursday, July 4, 2013

Balaghah tingkatan 5 : at Tibaq الطباق


Assalam Alaikum.... 

Lama rasanya xmenulis.. kekangan waktu dan pikulan tugas sering menghimpit masa yang ada... kay... sambung tajuk seterusnya At Tibaq a.k.a الطباق

Maksud ??
الطباق adalah menghimpunkan dua lafaz yang bertentangan / berlawanan makna dalam sesuatu ungkapan. 

Bahagian / نوع  /   قسم

 
okay....  apa kisahnya ... الطباق ada 2 jenis/ bahagian 

الطباق الإيجابي ... ijabi... maksudnya positif. Ia tidak menggunakan perkataan negatif untuk menzahirkan perkataan berlawanan. Direct...  kalau tgk perkataan yang bergaris... أضحك  maksudnya ketawa dan lawannya أبكى maksudnya menangis...
الطباق السلبي... Salbi maksudnya negatif... jd ia memerlukan perkataan negatif untuk menunjukkan perkataan berlawanan seperti perkataan tidak. contohnya : 
أحبّ maksudnya suka lawannya لا أحبّ   maksudnya tidak suka....
mudahkan :)... kontennya lbh mudah daripada tajuknya...

Saturday, February 2, 2013

Tatabahasa tingkatan 3 : الظروف

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ....

tajuk ni dah belajar kan.. tapi xberkesempatan utk buat notanya... andai kata anda terlupa.. sila lihat n baca.. n  ingat kembali... :)

الظروف terbahagi kepada dua ...
ظرف الزمان  kata yang menunjukkan masa
ظرف المكان kata yang menunjukkan tempat 

Ingat tak lagu siti nurhaliza: lagu rindu "angin lalu nyanyi lagu rindu....

Ayyi zamaan ayyi makaan (di setiap masa di mana jua tempat)
Kau tetap dalam ingatan
Ayyi zamaan ayyi makaan
Jiwa dalam kerinduan


ahaks....  okay... kembali kepada tajuk...

 

kalau anda tgk.. semua baris akhirnya adalah baris atas... kerana dia  اسم منصوب  apa tu?? xyah pening kepala.. nanti ting 4 belajar tajuk tu... cuma ingat.. baris atas di akhirnya sahaja...